Mengenai Kami

Kumpulan Pendidikan KIBLAH sangat komited dalam melahirkan generasi yang berilmu selaras dengan kehendak Islam. Halatuju, Perancangan serta Visi dan Misi merupakan prospek dan perspektif dalam membawa generasi ummah ke arah kecermelangan di dunia adan akhirat

Halatuju Kami

Matlamat pendidikan untuk membina akhlak semakin diterima dan diperakui. Pendidikan harus berperanan untuk membina akhlak ke arah pembangunan manusia sebagai insan yang berperanan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Pendidikan Islam perlu diberi nafas baru, iaitu dengan menyatupadukan ilmu wahyu dengan akal. Ini bermakna di samping mempelajari mata pelajaran Islam yang bersifat teras, pelajar perlu menguasai dan cemerlang dalam bidang-bidang lain seperti sains, teknologi, ekonomi, industri dan vokasional

Pendidikan di sekolah agama haruslah dapat melahirkan insan bersepadu yang mempunyai kekuatan iman, akhlak, pemikiran yang cemerlang dan mempunyai kemahiran untuk menyokong keperluan kehidupan mereka. Untuk itu, matapelajaran, vokasional, teknologi, industri, ekonomi, perdagangan, keusahawanan dan kemahiran bahasa antarabangsa perlu dimasukkan agar pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang keagamaan, tetapi mereka juga mahir dalam bidang-bidang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan kesepaduan atau integrasi ilmu, iaitu kesepaduan di antara ilmu akal dengan ilmu wahyu berteraskan tauhid (akidah). Kurikulum yang bersifat bersepadu ini mampu melahirkan insan yang berintelek dan bertakwa. Di samping dapat melahirkan ulama yang cemerlang, gemilang dan terbilang, pendidikan juga dapat melahirkan ahli korporat muslim, ahli sains dan teknologi muslim, ahli ekonomi muslim, usahawan muslim dan ahli professional muslim.

Justeru pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak yang ingin melihat pendidikan yang berteraskan Islam kembali gemilang seperti mana era kegemilangan Islam satu ketika dahulu. Antara isu yang perlu diperbaiki adalah dari aspek pengajaran dan pembelajaran, pengolahan sumber pendidikan, perkembangan warga pendidik, pembinaan potensi pelajar serta imej institusi itu sendiri.

Bertolak dari kesedaran inilah maka Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) mempertanggungjawabkan sektor Kumpulan Pendidikan Kiblah ini mengorak langkah memperjuangkan serta memartabatkan pendidikan berteraskan Islam pada setiap institusi di bawahnya.

Akademi AlMukarramah yang juga salah satu entiti di bawah Kumpulan Pendidikan Kiblah merupakan satu sektor penting dalam menyediakan bahan-bahan atau sumber-sumber pendidikan Islam untuk disebarkan, diguna pakai serta disusun agar ianya menepati AlQuran dan AsSunnah.

Kurikulum YAKIN yang mana merupakan kurikulum agama bagi setiap institusi di bawah Kiblah yang telah mendapat pengiktirafan dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi merupakan teras pendidikan agama di Kiblah

Buat masa ini, pembinaan Kiblah Academy of Tadabbur AlQuran (KATA) sedang giat dijalankan. Projek yang dijangka menelan belanja 1.5 juta ringgit ini akan menjadi akademi pendidikan tadabbur AlQuran antarabangsa yang mana para pelajarnya merupakan pelajar-pelajar luar dan juga dalam negara. Akademi ini menawarkan pendidikan secara percuma dan dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa arab. Begitu juga tenaga pengajarnya terdiri dari pakar-pakar yang hampir kesemuanya merupakan pensyarah-pensyarah universiti yang berada diluar negara. Kelas-kelas akan dikendalikan secara maya dan sebahagiannya secara bersemuka. Diharapkan usaha pihak YAKIN ini akan menyemarakkan lagi pengajian AlQuran khususnya buat masyarakat Islam di Malaysia.

Pihak YAKIN berhasrat meneruskan penubuhan pelbagai lagi institusi pendidikan berteraskan Islam diseluruh Malaysia. Sumbangan yang diberikan oleh YAKIN ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi roh Islam di bumi Malaysia dan diharapkan juga dapat memberi semangat buat pertubuhan-pertubuhan lain untuk turut serta dalam usaha murni ini.

Perancangan Kami

Zaman kegemilangan tamadun Islam dari kurun ke 7 hingga ke kurun 14 menekankan pendidikan yang bersifat bersepadu di antara ilmu empirikal dan saintifik dengan ilmu wahyu yang berteraskan kepada tauhid. Dari Penyata Razak 1956 diikuti dengan era Penyata Abdul Rahman Talib 1960 serta Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 diikuti pula dengan kelahiran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya, satu detik bersejarah dalam pendidikan negara iaitu lahirnya Falsafah Pendidikan Negara ( FPN 1987 )

disusuli dengan pembentukan Wawasan 2020 dan sekarang ini dengan adanya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025) memberi indikasi berlakunya pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan ke arah mencari satu sistem yang terbaik dalam membina warga Malaysia. Perubahan yang amat ketara antaranya ialah, pengaruh sekularisme dalam pendidikan negara telah dilihat semakin berkurangan. Pendidikan negara kini adalah ke arah pembentukan kurikulum bersepadu diantara ilmu dunia dan akhirat di mana ilmu wahyu (Al Qur’an dan Sunnah ) merupakan teras kepada kurikulum. Persoalan akidah perlu diberi penekanan yang istimewa. Begitu juga setiap komponen pendidikan seperti kurikulum, pedagogi, pengukuran dan penilaian perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Visi Dan Misi

VISI
Mewujudkan rangkaian institusi pendidikan Islam disemua peringkat yang berteraskan AlQuran dan AsSunnah
MISI
Memartabat kurikulum pengajian Islam yang bersepadu berteraskan AlQuran dan AsSunnah ke arah membina generasi yang berjaya duniawi dan ukhrawi.

Membangun program tarbiyah dan penghayatan Islam yang menjurus kepada pembentukan watak serta

kemenjadian insan yang berpegang pada manhaj Islam sebenar serta menepati wawasan falsafah pendidikan negara.

Berita Terkini Kiblah

Ikuti perkembangan semasa Kiblah

...
Majlis Penyerahan Bakul Kasih Ramadhan
18 Mac 2023

Majlis Penyerahan Bakul Kasih Ramadhan dilangsungkan dengan jayanya melibatkan 105 penerima terdiri dari warga kampung sekitar KIBLAH dan juga warga pendidik KIBLAH..

Seterusnya...
...
Kertas Terakhir SPM 2022
9 Mac 2023

Alhamdulillah selesai sudah kertas terakhir SPM 2022. Kertas Bahasa Arab. Semoga semua calon berjaya dengan cemerlang.

Seterusnya...
...
Pempamer yang menyertai Karnival Pendidikan Islam Sempena 30 tahun Kiblah
29 Jan 2023

Penyampaian sijil penghargaan kepada semua Pempamer yang menyertai Karnival Pendidikan Islam Sempena 30 tahun Kiblah oleh Dr Ismail Omar (Pengarah Urusan Kumpulan Pendidikan Kiblah).

Seterusnya...
...
πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πˆπ’π‹π€πŒ π’π„πŒππ„ππ€ 30 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπˆππ‹π€π‡
29 JAN 2023

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πˆπ’π‹π€πŒ π’π„πŒππ„ππ€ 30 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπˆππ‹π€π‡

Seterusnya...
...
Tahniah diucapkan kepada kelab silat Kiblah atas pencapaian yang amat membanggakan.
6 NOVEMBER 2022

pasukan silat kiblah telah menghantar seramai 18 orang peserta. Daripada 18 orang, seramai 11 orang peserta telah pulang sekurang-kurangnya tempat ke-3.

Seterusnya...
...
Wakil kelab bola sepak kiblah dalam Kejohanan Sepak Penalti Piala Dr. Radzi Jidin di Putrajaya
1 Oktober 2022

Sebanyak 2 pasukan pelajar telah dihantar bagi ketegori 17 tahun. Sebanyak 64 team telah menyertai Kejohanan ini yang merupakan kejohanan terbuka Sekolah seluruh Malaysia. Pasukan Kiblah B telah berjaya menduduki tempat ke-5. Manakala pasukan Kiblah A telah dinobatkan selaku Naib Johan Kejohanan ini. Seterusnya...

Alumni

Nama 1

Pengajian Al-Quran Dan Hadith

Terima kasih kepada Sekolah Kiblah kerana telah menjadikan saya seorang yang berilmu

FATIN SALWANA BINTI MOHD NABHAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - Universiti melaka(UNIMEL)

Kiblah mendidik jiwa menjadi seorang yang berdisiplin, berkepimpinan dan bertanggunjawab.

IKHLAS NAUFAL

INDUSTRIAL HYGIENE - University Teknology Mara (UTiM)

Terima kasih kepada Kiblah kerana telah menjadikan saya seorang yang berilmu dan berdisiplin.

Media Social

Ikuti dan subscribe untuk mendapatkan aktiviti harian Kumpulan Pendidikan Kiblah

Statistik

Pusat Pengajian

Pelajar

Tenaga Pengajar

Graduasi

Bersekutu