22 OKTOBER 2020

Telah diadakan pada 8-10 Mei 2015 bertempat di perkarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Perkampungan Sunnah kali ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Program perdana ini dihadiri oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan isteri DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada hari Jumaat 8 Mei 2015. Yayasan Kebajikan Nusantara dan Sekolah Kiblah amat berbangga apabila dijemput oleh pihak pengurusan program untuk memeriahkan Perkampungan Sunnah 2015.

Seramai 12 orang guru dan 57 pelajar telah menghadiri program tersebut. Sekali lagi Sekolah Kiblah dan SRI Kiblah amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan Nasyid dan Musamarah ( Coral Speaking dalam Bahasa Arab ) pada majlis perbukaan dengan disaksikan oleh Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan isteri serta para jemputan kehormat. Sekali lagi Sekolah Kiblah menerima penghormatan ini apabila diminta untuk membuat persembahan pada malam majlis penutup iaitu pada hari Ahad 10 Mei 2015. Selain membuat persembahan, Sekolah Kiblah juga secara aktif mengadakan pameran dan jualan buku-buku khususnya buku karangan Ust. Ismail Omar, poster manhaj dan lain-lainnya .

Bukan itu sahaja, Pengetua Sekolah Kiblah, Ust Ismail Omar sendiri telah dijemput untuk memberikan kuliah dhuha yang bertajuk Manhaj Melayu, satu topik yang jarang diketengahkan dalam masyarakat Malaysia. Selepas itu, beliau sekali lagi diberi kepercayaan oleh Jabatan Mufti untuk sesi bedah buku Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perasmian penutup Perkampungan Sunnah 2015 disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis pada hari Ahad, 10 Mei 2015.

100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180
100%x180