1.0 Pengenalan

1.1 Program ini merupakan nadi kepada kemenjadian pelajar yang mana disini para pelajar dibentuk dengan pelbagai amalan harian dengan membudayakan diri mereka ke arah pembentukan generasi rabbani, mengamalkan amar makruf nahi munkar serta memperkukuhkan amalan-amalan berdasarkan sunnah Rasul dengan bersandarkan kepada AlQuran dan AsSunnah.

1.2 Menerapkan konsep “Islamisasi Ilmu” dalam ilmu-ilmu duniawi agar para pelajar senantiasa berada dalam suasana dan kefahaman Islam

1.3 Menterjemahkan pengajaran Kurikulum YAKIN kedalam kehidupan sebenar agar dapat dipraktikkan seiring dengan pembentukan diri muslim sejati.

2.0 Bidang Program Penghayatan Islam

2.1 Program Penghayatan Islam dibahagikan kepada bidang-bidang berikut:

A. Amalan fardhu ain dan fardhu kifayah
B. Adab/ akhlak terpuji
C. Amal jamai’i

2.2 Pengisian bidang-bidang ini dilaksanakan melalui:

A. Program Keilmuan Islam

- Usrah dan mentoring
- Taalim
- Ceramah agama dan tazkirah
- Forum Islam

B. Program Latihan Amali

- Solat berjemaah
- Puasa Ramadhan dan puasa sunat
- Qiamullail
- Gotong-royong
- Penyembelihan
- Haji dan umrah
- Solat sunat
- Wirid dan doa
- Tadarus AlQuran
- Sahsiah Unggul
- Street Dakwah

3.0 OBJEKTIF PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM

3.1 Membentuk pelajar agar dapat menerima diri sendiri sebagai individu yang dikurniakan oleh Allah swt potensi dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama

3.2 Melahirkan insan yang berwibawa dan bermatlamat dalam memenuhi tanggungjawab dan kewajipan sebagai khalifah Allah swt di bumi untuk menyambung tugas para rasul dan ambia’.

3.3 Melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal

3.4 Membentuk insan yang cemerlang serta berjaya di dunia dan akhirat.