1.0 PENGENALAN

1.1 Program kecemerlangan akademik yang dijalankan di Kiblah meliputi Kurikulum Standard Sekolah Rendah & Menengah (KSSM), Kurikulum Yayasan Kebajikan Nusantara (KY), Kurikulum Maahad Tahfiz Kiblah (KMTK) dan Kurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)

1.2 Pelajar-pelajar Kiblah akan melalui sistem pendidikan berintegrasi yang mengadunkan pendidikan akademik dan agama.


2.0 MATLAMAT

2.1 Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang murni dan positif supaya dapat memberi sumbangan yang berfaedah kepada agama, diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

2.2 Mencapai tahap cemerlang dalam pelbagai bidang akademik seterusnya memberi peluang kepada pelajar meneroka pelbagai bidang di peringkat yang lebih tinggi.

2.3 Mempersiapkan para pelajar untuk melangkah ke alam kerjaya di peringkat yang lebih tinggi samada ke institusi pengajian tinggi mahu pun menceburi bidang pekerjaan.


3.0 STRATEGI

3.1 Pelajar-pelajar didedahkan kepada kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif, inovatif dan kritis serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

3.2 Program akademik berlandaskan pendidikan alaf 21 diterapkan seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

3.3 Penggunaan teknologi maklumat terkini serta kemahiran ICT disediakan bagi pelajar mendapat capaian maklumat juga pembelajaran secara kendiri, memperoleh kemahiran asas ICT agar dapat membina daya saing pelajar di peringkat global.

3.4 Menyediakan pelajar dengan ilmu agama yang berlandaskan AlQuran dan AsSunnah bagi mempersiapkan pelajar-pelajar untuk berdepan dengan tribulasi dan mehnah kehidupan dalam masyarakat apabila mereka melangkah keluar ke dunia sebenar.


4.0 KURIKULUM AKADEMIK KIBLAH

4.1 KURIKULUM STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (SKPK)

National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). NOSS/ SKPK adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut. Jabatan Pembangunan Kemahiran menyelia pensijilan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang menggunapakai NOSS/ SKPK ini bagi melatih para pelatih yang menjalani kursus-kursus kemahiran JPK. Koleh Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK) menawarkan 3 kursus bagi pensijilan SKM seperti berikut:

A) PENGAJARAN TAHFIZ (P854-002-3 2016) TAHAP 3
B) PENGAJARAN TAHFIZ (P854-002-4-2017) TAHAP 4
C) PENGURUSAN TAHFIZ (P854-001-3-2016) TAHAP 3
D) PENGURUSAN TAHFIZ (P854-001-04-2017) TAHAP 4
E) PENGURUSAN MASJID (ET-020-03 2015) TAHAP 3
F) PENGURUSAN MASJID (P854-003-4 2016) TAHAP 4


4.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
...

MATA PELAJARAN KSSM YANG DITAWARKAN DI KOLEJ PROFESIONAL KEMAHIRAN KIBLAH (KPKK)

...

MATA PELAJARAN KSSM YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH KIBLAH (MENENGAH)

...

MATA PELAJARAN KSSM YANG DITAWARKAN DI MAAHAD TAHFIZ KIBLAH


4.3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
...

MATA PELAJARAN KSSM YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH KIBLAH (RENDAH)


4.4 KURIKULUM YAKIN (KY)
...

MATA PELAJARAN KY YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH KIBLAH (MENENGAH)

...

MATA PELAJARAN KY YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH KIBLAH (RENDAH)

...

MATA PELAJARAN BAHASA ARAB YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH KIBLAH

...

MATA PELAJARAN KY YANG DITAWARKAN DI MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

...

MATA PELAJARAN KY YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH KIBLAH (RENDAH)

...

MATA PELAJARAN KY & BAHASA ARAB YANG DITAWARKAN DI PRA-MADINAH


4.5 KURIKULUM MAAHAD TAHFIZ KIBLAH (KMTK)
...

KAEDAH PENGHAFALAN AL-QURAN

...

SILIBUS HIFZ A-QURAN
Silibus ini dibina berdasarkan tahap kemampuan pelajar

...

PENSIJILAN AKADEMIK KIBLAH