1.0 Pengenalan

1.1 Program perkembangan sahsiah memberi fokus kepada membentuk kemenjadian pelajar dan juga membentuk sahsiah diri.
1.2 Perancangan disusun mengambil kira faktor umur, kemampuan dan kehendak masyarakat juga industri.
1.3 Program perkembangan sahsiah dibahagi kepada:
      A. Kokurikulum dan Koakademik
      B. Pembangunan Diri


2.0 BIDANG KOKURIKULUM DAN KOAKADEMIK

2.1 Bidang kokurikulum dan koakademik terbahagi kepada:
      A. Kelab & Persatuan
      B. Sukan & Permainan
      C. Badan Beruniform


3.0 OBJEKTIF BIDANG KOKURIKULUM DAN KOAKADEMIK

3.1 Memperkembangkan diri pelajar dari aspek psikomotor, kognitif dan efektif.
3.2 Memupuk bakat, potensi diri dan minat dalam pelbagai bidang kecerdasan melalui kegiatan yang disertai.
3.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran asas dalam bidang yang dipilih.
3.4 Membantu proses penyuburan diri bagi menjadi pelajar serta warganegara yang cemerlang, berilmu pengetahuan, mempunyai pengalaman, menguasai kemahiran asas, berkebolehan mengurus dan memimpin.
3.5 Meningkatkan pengiktirafan diri pelajar melalui aktiviti kokurikulum di perigkat dalaman, daerah, negeri dan kebangsaan.
3.6 Meningkatkan disiplin diri pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni serta sikap positif seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.7 Melahirkan individu yang kreatif dan inovatif.
3.8 Mewujudkan persekitaran Kiblah yang lebih menarik dengan mendidik pelajar agar terlahirnya budaya inginkan kecemerlangan dan kepuasan diri.
3.9 Meningkatkan kolaborasi antara guru, pelajar dan ibubapa serta masyarakat setempat.
4.0 Memupuk nilai-nilai 6C (Curiousty-Ingin Tahu, Courage-Berani, Creativity-Kreativiti, Compassion-Perihatin, Commited to Excellence-Tekad untuk cemerlang, Collegiality-Kebersamaan)


4.0 BIDANG PEMBANGUNAN DIRI

4.1 Program Pembangunan Diri dibahagikan kepada bidang-bidang berikut:
      A. Disiplin Kendiri
      B. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
      C. Kokurikulum

4.2 Pengisian bidang-bidang ini dilaksanakan melalui:
      A. Sistem merit demerit (Disiplin)
      B. Kursus, bimbingan serta penerapan kemahiran insaniah dalam PdPc dan kokurikulum serta koakademik.
      C. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
      C. Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)


5.0 OBJEKTIF BIDANG PEMBANGUNAN DIRI

5.1 Mempersiapkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran insaniah yang dapat membantu mereka melangkah dengan yakin ke peringkat yang lebih tinggi.

5.2 Meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) dikalangan pelajar. Antara kemahiran-kemahiran insaniah yang diberikan penekanan:
      - kemahiran ICT
      - kemahiran memimpin
      - kemahiran menyelesaikan masalah
      - kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
      - kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
      - kemahiran komunikasi berkesan
      - kemahiran organisasi
      - kemahiran belajar
      - negotiation skills and conflict management

5.3 Melahirkan pelajar yang sihat dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) dengan penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum juga koakademik.