1.0 PENGENALAN

Pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian merupakan beberapa konsep penting dalam pendidikan. Pencapaian setiap program yang dilaksanakan di Kiblah dengan menilai keberkesanannya terhadap kemenjadian pelajar perlu diukur sebaik mungkin. Justeru,Kiblah melaksanakan Penilaian 3-Dimensi yang merupakan penilaian bersepadu dengan mengambil kira kesemua aspek kemenjadian pelajar baik dari aspek sahsiah mahu pun aspek akademik. Penilaian ini diukur sepanjang tahun dan dapat dilihat dalam keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan pada Peperiksaan Akhir Tahun.

2.0 BIDANG PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Setiap individu pelajar akan dinilai dalam tiga aspek utama yang merangkumi:

i) Akademik

ii) Penghayatan Islam

iii) Perkembangan Sahsiah

...

ASPEK YANG DINILAI
Aspek akademik dinilai pada beberapa bidang utama. Aspek akademik merangkumi 70% daripada penilaian keseluruhan.

...

ASPEK PENGHAYATAN ISLAM YANG DINILAI
Aspek penghayatan Islam dinilai pada beberapa bidang utama. Aspek penghayatan Islam merangkumi 20% daripada penilaian keseluruhan.

...

ASPEK PERKEMBANGAN SAHSIAH YANG DINILAI
Aspek perkembangan sahsiah dinilai pada beberapa bidang utama. Aspek perkembangan sahsiah merangkumi 10% daripada penilaian keseluruhan.

3.0 OBJEKTIF PENILAIAN 3-DIMENSI

3.1 Menilai prestasi, pencapaian dan kemajuan pelajar seta melihat potensi pelajar dari pelbagai aspek merangkumi aspek akademik dan sahsiah.

3.2 Membentuk pelajar yang holistik, merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

3.3 Meningkatkan motivasi pelajar dalam menguasai ilmu agama serta akdemik.

3.4 Menjadi alat dalam pengukuran kemenjadian pelajar juga sebagai alat pengujian diagnostik bagi melihat kelemahan program yang mana seterusnya pelbagai penambahbaikan akan dilaksanakan dalam mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang