Tahniah diucapkan kepada kelab silat Kiblah atas pencapaian yang amat membanggakan.
6 NOVEMBER 2022
Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan silat olahraga gayong Malaysia Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 50 pasukan menyertai kejohanan ini yang mana jumlah pesertanya seramai 270 orang. Pasukan yang hadir adalah dari pasukan silat negeri Selangor, Kedah dan Terengganu. Dalan kejohanan ini, pasukan silat kiblah telah menghantar seramai 18 orang peserta. Daripada 18 orang, seramai 11 orang peserta telah pulang sekurang-kurangnya tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada kelab silat Kiblah atas pencapaian yang amat membanggakan. Semoga ianya akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha mencapai kejayaan bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam bidang Kokurikulum.






